Selasa, 29 Mac 2011

Thalassemia

Tentu korang tertanya-tanya kenapa aku post tajuk ni. Di sini aku ceritalah ckit..Talesemia adalah penyakit umur sel darah merah yang lebih pendek dari orang biasa. Jangkahayat sel darah orang yang bebas talesemia ialah selama 120hari. Umur sel darah merah ini lebih pendek berbanding biasa adalah disebabkan kegagalan penghasilan hemoglobin (pembawa oksigen yang boleh didapati didalam sel darah merah). Penyakit talesemia boleh dicheck dengan tengok sel darah merah seseorang dibawah microskop. Sel darah mereka berlubang macam donat. Bagi orang normal, sel mereka tidak ada lubang.


Pengidap talesemia major, tidak ada treatment yang dapat membuang terus talesemia dari hidup mereka. Ini adalah penyakit keturunan dan akan turun lagi sampai bila-bila. Rawatan yang selalunya pesakit talesemia major boleh lakukan ialah dengan mendapat bekalan darah dari orang lain dan dimasukkan ke dalam badan mereka SETIAP EMPAT MINGGU.




Sebenarnya Allah telah menguji aku dengan berita yang cukup hebat dimana anak comel aku telah disahkan mengidap Talesimia..(Ya Allah ujian apakah ini)..luluh hatiku mendengarnya yang mana anak ku jika dilihat sihat terpaksa menghadapi semua ini sepanjang hidupnya..Sebenarnya jika dikaitkan dengan entri dibawah, entri ini lebih berat tanggungannya..Sepanjang hidupnya Arissa terpaksa membuat blood tranfusion untuk meneruskan hidupnya..Dulu aku tak amik kisah pun pasal penyakit ini. Malah iklan berulang kali menayang di TV bahawa setiap pasangan patut untuk membuat ujian saringan Talesimia..Dengan keberadaan aku yang jauh sekarang menambahkan lagi kegusaran aku terhadap anak ku ini..Aku selalu berkata bahawa semua ini palsu dan tipu semata-mata untuk menyedapkan hatiku ini..Aku cuba berpura-pura seperti seorang yang happy go lucky tapi pada dasarnya hanya Allah yang tahu perasaanku..Untuk sekian kalinya aku tidak dapat menahan kesedihanku apabila aku ingin meninggalkan anakku untuk kembali ke Johor Bahru. Sepanjang perjalanan aku ke Putrajaya Sentral aku meraung bagai nak gila. Tapi apakan daya takdir Tuhan aku terimanya dengan redha..Ape yang aku pikirkan sekarang adalah untuk berpindah ke Putrajaya bersama anak dan isteriku..Sebenarnya aku anggap dengan berita ini perjalanan kehidupan aku setelah berumah tangga baru saja bermula. Cha,,papa janji selagi papa bernyawa papa akan bantu cha. Klu nyawa boleh ditukarkan amiklah nyawa papa. Amiklah darah papa seberapa banyak cha nak..cha lah satu-satunya zuriat papa. Cha kene janji ngan papa, cha kene kuat cm mama. Sebelum papa kawin papa suka tgk anak org semuanya comel..Bila papa dapat icha Allah berikan lagi comel, tp apakan daya benda yang baik dan sempurna mesti ada pengorbanan. Papa tak pernah menyesal kerana mendapat cha sebaliknya papa bangga dengan Cha. Cha janji ngan papa mesti selalu senyum je sbb papa dh selalu ajar cha senyum dari kecik lagi..Ya Allah berilah aku pergi dahulu sebelum anakku kerana anakku patut mengkafankan aku dahulu tp bukan sebaliknya...

6 ulasan:

UmmiQusyairi berkata...

Salam,
Rol, kuat kan semangat.. doa banyak2 supaya semua nye baik2.. jangan pk bukan2.. jage diri baik2..

Tanpa Nama berkata...

Kami doakan yang terbaik buat keluargamu..semoga tabah menghadapi ujian Allah,setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...syg icha jgak..

Noraidah berkata...

Salam kerol,

Semoga tabah selalu, kuatkan semangat, tawakal doa banyak2 biar si comel cepat sembuh..

Ingatlah pasti ada hikmah di sebaliknya..

Aziana berkata...

Keyo dan ain..

Sabar dan kuatkan semangat..ada hikmah disebalik semua dugaan ini..

Insyaallah, kita sama-sama doakan cha cepat sembuh k..

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMMUALAIKUM WBTH,

setiap ujian dan dugaan berlaku sebenarnya ada hikmah cuma sama ada kita menyedarinya atau tidak sahaja...
Allah Maha Pengasih Maha Penyayang, DIA akan beri ujian hanya untuk orang-orang terpilih supaya DIA hendak tahu kita sebagai manusia yang DIA ciptakan kita dari tanah, sebenarnya hendak kita bergantung sepenuhnya kepada DIA kerana DIA tahu apa akan berlaku selepasnya... Jalan mana yang kita hendak pilih? Jika jalan kita pilih untuk redha dan tawakkal kepada DIA, DIA lagi suka sebab DIA sukakan hamba-hambaNya merintih kepadaNya... menangis didepanNya... meraih simpati dariNya... sebab masa inilah hambaNya akan dekat padaNya... biarlah masa susah kita mengingatiNya... nnt masa senang lagi bertambah kita mengingatiNya...
tambahkan diri, cekalkan hati, solat hajat dan berserah sepenuhNya kepada ALLAH SWT
kerana Allah tahu perjalanan setiap manusia akan berliku-liku dan cabaran yang penuh onak duri untuk melihat sejauh mana kemampuan dan kesabaran kita kepadaNya...
insyaAllah, doa-doa akan diperkenankan Allah...
amiiinnn...

cik bebel berkata...

salam...

sedey dengan berita ni..apa2 pn harap tabah dgn berita ini..

try utk mintak pindah dgn segera...

sabar yer...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails