Sabtu, 3 Julai 2010

Pendaftaran pelajar baru

Ingat lagi masa mula-mula aku mendaftar sebagai pelajar UiTM pada tahun 2002. Masa tu aku masih terawang-awang betul ke aku dapat masuk U. Belajar pun xpandai mana tetibe ditawarkan masuk U. Tp manusia mana yang xsuka dapat masuk U. Masa tu aku dapat dua tawaran UiTM dan Poli. Sbb masa tu yuran U murah aku pun pilih UiTM. Masuk U beb. Bukan senang nak masuk. hehe. Disebabkan aku ni orang susah so ramaila yang tolong aku masuk U ni. Bapak aku sanggup jual lembu di kampung dan bagi aku duit belanja RM1000 cash kt aku. Sedara mara bagila ape yang mereka termampu. Masa tu aku pi 1 van dengan semuanya mempunyai perasaan gembira kerana aku dapat masuk U dan dapat bersiar-siar di Kuala Lumpur dan Shah Alam. Terima kasih semua.

Sekarang aku dah bekerja di U tempat aku belajar jugak. Kiranya aku ni dibesarkan di UiTM la. Bila aku dh jadi staf aku suka tengok mak bapak mereka menghantar anak mereka mendaftar di UiTM. Ada datang naik kereta besar, kereta kecik, teksi, dan pengalaman tidak dapat dilupakan ade sorg student kt sini siap datang naik bas. Macam mana la mak bapak die boleh sewa bas. Seronok sgt kot. hehe. Aku jd sayu bila tengok student yang mak bapak dioerg yang dikalangan susah menghantar anak mereka daftar masuk U. Xtaula dieorg sewa ke kereta dieorg ke tp aku boleh tau dieorg mmg susah. Kadang-kadang sampai datuk n nenek pon ikut sama merasa berkongsi kegembiraan. Masa tu segala penat lelah terlah terbalas dek kerana anak, cucu mereka dapat melanjutkan pengajian ke Universiti. Lagi satu mereka ni cam susah je nak lepaskan anak mereka. Kadang-kadang leh tengok mereka masih lg menunggu anak mereka dari pagi hingga petang.

Kepada student yang datang dari kalangan yang susah belajar lah bersungguh-sungguh. Ingat pengorbanan ibubapa datuk nenek membesarkan anda. Melanjutkan pengajian di U merupakan langkah pertama untuk anda membela nasib keluarga anda. Anda bayangkan jika anda dapat masuk U cuba lihat muka ayah ibu anda sebulan masih lagi tersenyum walhal dalam hati masih terpikir macam mana nak cari duit nak bagi kepada anda. Tetapi disebebkan anda telah membanggakan mereka bab duit ape semua tu tidak menjadikan 1 masalah kepada mereka. Lagi 1 ingatlah klu kita berniat baik Allah akan membantu anda serta mempermudahkan urusan anda. Akhir sekali belajarlah selagi boleh sebab anda telah menjadi kebanggan keluarga anda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails