Khamis, 25 Mac 2010

Aku dan Degree

Fuhh pening kepala kebanyakan assignment tak siap lagi.. Dah lama tinggal belajar rasa dh tepu otak ni..Walaupun ambik part time tp rasa macam full time. Lecturer aku ade berkata jika You all fikir, kenapa la aku sambung belajar..walaupun dh bekerja.. "you are on the right track" hehe.pedas ayat tu..tp xpe aku sahut cabaran walaupun susah terpaksa berulang alik..susah dulu senang kemudian..Ya Allah tabahkan hatiku menempuh cabaran ini..

Rabu, 24 Mac 2010

INFO & FAKTA

INFO: Tip untuk ibu bapa

- Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah
al- Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

- Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

- Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.

- Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.


FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Isnin, 8 Mac 2010

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2010

 

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Bandaraya Johor Bahru akan mengadakan Ekspo Selangkah Ke UiTM 2010 mengikut butiran seperti berikut:

 Tarikh & hari: 
13 hb Mac 2010 (Sabtu) & 14 hb Mac 2010 (Ahad)

Tempat:
Dewan Besar
    Kampus Bandaraya Johor Bahru
       Jalan Heman, Kampong Aman, Larkin,
Johor Bahru

Masa:
9 pagi hingga 5 petang
 
Pada 2 hari berkenaan, staf UiTM akan memberi maklumat terkini mengenai peluang kemasukan ke UiTM bagi sesi pengajian Julai 2010 dan membantu pelajar-pelajar yang baru mendapat keputusan SPM untuk membuat pemilihan tentang program-program pengajian di UiTM.

Pelajar-pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian di UiTM diminta membawa slip keputusan peperiksaan SPM.

Pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah, ibu bapa dan penjaga serta orang ramai adalah dijemput hadir.





Isnin, 1 Mac 2010

Kursus BTN

 
KEM BUMI JATI, SHAH ALAM

  
KUMPULAN 4

  
MANTOP

  
UiTM, JUPEM, JABATAN MUZIUM, JAB. PENDIDIKAN 


Jalan - Jalan Kuala Terengganu

Pada 20/2/10 yang lalu, aku bersama isteri ke Kuala Terengganu menziarahi kawan baik kiteorang iaitu Syam & Nani kawan 1 sekolah kiteorg.. Kebetulan aku ade kursus di UiTM Dungun. Kami tido semalam di rumah beliau dan keesokannya Syam & Nani bawak kiteorg jalan-jalan di sekitar KT. Sebenar nya kiteorg dh pergi ke KT tp saja amik angin & jalan-jalan abiskan masa. Thanks Syam & Nani kerana melayan kami dengan baik...

 
Depan masjid Kristal

Keropok lekor idaman ramai..(beratur 2 jam baru dapat bawak balik)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails