Jumaat, 13 November 2009

Rooney mahu akhiri kerjaya di Man United

DOHA: Penyerang Manchester United, Wayne Rooney menolak spekulasi perpindahannya ke Sepanyol, sebaliknya mahu kerjaya bola sepaknya berakhir di kelabnya sekarang.

Minggu lalu, Barcelona dilaporkan merancang menawarkan 85 juta Euro kepada penyerang England itu untuk beraksi di Nou Camp.

Malah, bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo juga dilaporkan berkata kegembiraannya untuk kembali bersama Rooney bermain di Real Madrid.


Namun Rooney, yang sedang membuat persiapan menjelang pertemuan persahabatan antara England dan Brazil, di sini, Sabtu ini berkata, beliau akan berbincang lebih awal untuk menyambung kontraknya bersama United sebelum 2012.

“Alanglah baiknya kita dimaklumkan (kontrak) lebih awal. Tapi seperti yang saya katakan sebelum ini, saya gembira di United.

"Nanum sekiranya mereka mahu sebaliknya, saya mungkin terpaksa meninggalkannya," katanya. - AFP

Khamis, 12 November 2009

penangan drama nur kasih

Untuk pengetahuan semua TV3 ade mengulang semula drama kesukaan gua nur kasih pada setiap selasa - jumaat pukul 7.30 ptg. selalunya gua tdo time ni tetapi gua dh xdpt tdo disebabkan cite ni. episodnye ade lebih kurang 3 episod lagi klu ditayangkan pada hari jumaat pukul 9 mlm.gua dh tau ending tp gua malas citer kt lu all nnti spoil plak. cayalah tv3 sbb ulang balik citer ni. mesti penduduk malaysia xkuar senja-senja disebabkan nak tgk citer ni. harap-harap ade la jual DVD cite ni. oh Nur Amina....jgn mareeee

Ahad, 1 November 2009

Diabetes

Tanda-Tanda Diabetes
Tanda-tanda diabetes adalah seperti berikut :
  1. Sering dahaga dan sering perlu minum air
  2. Sering ke tandas.
  3. Terasa badan lemah.
  4. Berat badan turun dengan cepat.
  5. Penglihatan semakin kabur.
  6. Terasa pening kepala.
Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.


Tanda-tanda kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia ialah:
1.Cemas
2.Berdebar-Debar
3.Berpeluh
4.Menggeletar
5.Terasa Lapar
6.Terkeliru
7.Penglihatan Kabur
8.Pening Lalat
9.Tidak Sedarkan Diri

Tanda-tanda lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah:
1.Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.
2. Kerap terasa haus.
3. Muntah-muntah
4. Badan semakin kurus.
5.Koma
6.Sukar Bernafas
7.Sakit Perut

Penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak kadang-kala sembuh secara spontan untuk sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai tempoh berbulan madu "honeymoon period". Secara lazimnya, ia bertahan hanya untuk tempoh di antara enam bulan hingga beberapa tahun. Sekiranya anda atau anak anda berhadapan dengan keadaan ini, anda masih perlu menjaga pemakanan anda sebaik- baiknya kerana penyakit kencing manis boleh berulang. Secara lazimnya penyakit kencing manis tidak ada ubat dan pengidap kencing manis perlu menjaga pengambilan gula serta mengambil ubat sepanjang hayat. Hanya dalam kes pembedahan bagi  menggantikan atau menanam sel kelenjar pankreas maka badan kembali mampu untuk menghasilkan insulin secukupnya.

Mintakla dijauhkan dari penyakit ini.Amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails