Rabu, 30 September 2009

jalan-jalan cari makan johor bahru

sepanjang 2 tahun aku di johor bahru ni, aku banyak menjumpai makanan yang best2 dan banyak pilihan.berikut carta makanan pilihan aku di johor bahru yang telah menjadi idaman kalbu aku:

1. soto nasi      - kedai wak radol         - RM 3.50
2. ayam penyek         - banafe           - RM 7.00
3. ikan merah asam pedas     - kt car wash depan JPA         - RM 10 - RM 14
4. nasi goreng seafood masak pkai scrapper - stulang       - RM 6.00
5. ikan pari bakar    - gerai tepian tebrau     - RM 9 - RM 12
6. portugees chicken  - macau express jusco tebrau   - RM 11.90
7. nasi goreng assalamualaikum    - assalamualaikum      - harga berpatutan
8. asam pedam assalamualaikum    - assalamualaikum    - harga berpatutan
9. sup gearbox - tmn seri bahagia - RM 7.00

so kawan2, jom kite serbu tempat ini.cuba la sekali sekala.yum yum

Ahad, 27 September 2009

donut


arini aku teringin nak mkn donut. donut pilihanku adalah big apple kt tesco xtra plentong. aku beli 3 ketul je.okla tu melantak sorg2 je.jaga badan sebelum kawin. ni tunang akula punye pasal hasut aku mkn donut ni. walau apepun donut ni mmg best. lembut je bak kain sutera nenek aku..haha. sebelum aku belasah donut ni aku telah dengan sengaja mengesent pic donut ini kepada tunang aku supaya die terliur.haha jahat aku ni. untuk pengetahuan korang seme aku telah memakan donut ni dengan rakus nye sambil menulis entri ini.habis keyboard pc itm ni terkene sepihan donut yang melarikan diri takut dimakan oleh aku...hahah. tapi org kate donut jCO lagi best.aku xtry lagi. nnti mesti try. moh ke city square jb cari jCO. yum yum

Rabu, 16 September 2009

Selamat Hari Raya 09'



dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua staf unit pengurusan kolej johor, staf admin, pensyarah2 n student uitm johor bahru, kelab pengurusan asrama, semua bdk2 hotcat uitm, staf n student PLPP bangi, kawan2 smkj2 dan serta keluarga ku di kampung. dan tak lupa tunang tercinta Norain sabli...

p/s. pulanglah ke kampung dengan selamat.

lagu Pebret hari raya

Raya

Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya

Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya

Kalau banyak harta benda
Orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta
Itulah jalanraya
Hentian bas ibu kota
Itu di Puduraya
Di tengah bandaraya

Kalau banyak jalanraya
Dipanggil lebuhraya
Bunga lambang negara
Namanya bunga raya
Tukang menyelenggara
Mengawas harta-benda
Jabatan Kerja Raya

Gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balairaya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya

Selamat hari raya

Selamatlah beraya

persiapan raya

berikut adalah persiapan raya aku thn ini:

baju melayu : sepasang warna hijau
baju raya     : T-shirt sehelai
seluar raya   : xde
duit raya      : rm 2 seorg. p/s. aku kopak thn ni..
kasut raya   : xde
kuih raya    : xde..nenek aku belikan.haha

so, senang citer aku beraya ala kadar je.duit aku kopak untuk bln 12 ni.hahah

Isnin, 14 September 2009

PPP

PPP adalah pegawai pembangunan pelajar yang bertanggungjawab membantu pihak pengurusan kolej menguruskan segala urusan dan aktiviti kolej selepas waktu pejabat. sepanjang aku menjadi PPP banyak pengalaman yang aku dapat menggerakkan aktiviti student. kene plak aku ni org kolej so banyakla kerja kolej selepas waktu pejabat aku kene buat. sebagai contoh student pinjam kunci la, bilik terkuncila, bilik student blackout la, nak duk umah tamula, student sakit hantar ke klinikla, n mcm2la. tp itu semua cabaran bagi aku. aku banyak belajar dari semua itu.

pada 1 November 2009 ni aku akan meletak jawatan sebagai PPP untuk aku menumpukan tugas aku menjaga isteri pula setelah penat menjaga student. hehe. aku mintak bulan 10 ni tp atas arahan dr ahmad die mintak aku tangguh sampai bulan 11 ni. kepada semua rs selamat bertugas sebagai rs. bersediala pulak untuk menggalas tugas aku yang sebelum ni jarang rs lain buat. selamat maju jaya...

Selasa, 8 September 2009

student part 1

xtau la yek kenape seme student part 1 sekarg klu lalu tepi staf wt bodo je.xmcm student lain(senior dieorg) klu berdepan ngan staf mesti bagi salam ataupun tegurla ape2.aku xmau student jb ni jd sombong klu jumpe sape2..xtaula kenape jd cmni..dulu mase aku memberi taklimat kolej aku selalu tekankan bahawa tabiat memberi salam atau bertegur sape ni penting supaya adat berbudi bahase ni dapat dibentuk.untuk pengetahuan taklimat kolej adalah yang pertama di dalam jadual Minggu Mesra Siswa (MMS) so aku amik kesempatan ni cakap kt dieorg berilah salam kepada staf ataupun makcik cleaner supaya kami dan student akan lebih mesra diantara 1 sama lain dan staf pon aku galakkan tegur2la student.ape salahnye kan..kepada semua pelajar senior (part 3,4,5) en khai tabik hormat kt korg seme sbb ape yg sy ckp korg ikut dan amalkanlah amalan ini selalu untuk memantapkan lagi amalan berbudi bahasa kite untuk mase hadapan dan menjadi contoh kepada org lain...

BERBUDI BAHASA AMALAN KITA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails