Khamis, 24 Disember 2009

terima kasih

(untuk tatapan kawan-kawan)
Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir, wish, bagi hadiah, serta rakan-rakan yang membantu tentang perkahwinan kami.
doakan kami bahagia.amin...

Rabu, 2 Disember 2009

sambung blaja 2


 Untuk pengetahuan semua aku akan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda.. klu ikutkan hati dah xlarat dh nak blaja.diploma dulu pun nyawa2 ikan je. disebabkan bakal isteri dh tamat dgree so kenela aku teruskan study aku..xkan aku nak selamanya di gred 27. nak gak merasa gred 41. aku tertarik dengan jawatan Pegawai Penyediaan Makanan yang baru di umumkan oleh PM kita baru ni. selama ni jawatan tu hanya ade pen. pegawai je.. ade 2 option samada naik pangkat ke pengurus asrama or apply jawatan tadi. klu pengurus asrama mati gred 44 je. klu jawatan tadi mati gred 52..so kene la aku abis study dulu baru nak angankan semua ni..amik PJJ 4 thn.umur 29 or 30 baru grad.(klu grad)..insyaAllah..nak continue hotel mgt xde kos so kenela amik foodservice mgt..jadila.. janji leh transfer krdt...

UiTM shah alam aku kembali..

Jumaat, 13 November 2009

Rooney mahu akhiri kerjaya di Man United

DOHA: Penyerang Manchester United, Wayne Rooney menolak spekulasi perpindahannya ke Sepanyol, sebaliknya mahu kerjaya bola sepaknya berakhir di kelabnya sekarang.

Minggu lalu, Barcelona dilaporkan merancang menawarkan 85 juta Euro kepada penyerang England itu untuk beraksi di Nou Camp.

Malah, bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo juga dilaporkan berkata kegembiraannya untuk kembali bersama Rooney bermain di Real Madrid.


Namun Rooney, yang sedang membuat persiapan menjelang pertemuan persahabatan antara England dan Brazil, di sini, Sabtu ini berkata, beliau akan berbincang lebih awal untuk menyambung kontraknya bersama United sebelum 2012.

“Alanglah baiknya kita dimaklumkan (kontrak) lebih awal. Tapi seperti yang saya katakan sebelum ini, saya gembira di United.

"Nanum sekiranya mereka mahu sebaliknya, saya mungkin terpaksa meninggalkannya," katanya. - AFP

Khamis, 12 November 2009

penangan drama nur kasih

Untuk pengetahuan semua TV3 ade mengulang semula drama kesukaan gua nur kasih pada setiap selasa - jumaat pukul 7.30 ptg. selalunya gua tdo time ni tetapi gua dh xdpt tdo disebabkan cite ni. episodnye ade lebih kurang 3 episod lagi klu ditayangkan pada hari jumaat pukul 9 mlm.gua dh tau ending tp gua malas citer kt lu all nnti spoil plak. cayalah tv3 sbb ulang balik citer ni. mesti penduduk malaysia xkuar senja-senja disebabkan nak tgk citer ni. harap-harap ade la jual DVD cite ni. oh Nur Amina....jgn mareeee

Ahad, 1 November 2009

Diabetes

Tanda-Tanda Diabetes
Tanda-tanda diabetes adalah seperti berikut :
  1. Sering dahaga dan sering perlu minum air
  2. Sering ke tandas.
  3. Terasa badan lemah.
  4. Berat badan turun dengan cepat.
  5. Penglihatan semakin kabur.
  6. Terasa pening kepala.
Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.


Tanda-tanda kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia ialah:
1.Cemas
2.Berdebar-Debar
3.Berpeluh
4.Menggeletar
5.Terasa Lapar
6.Terkeliru
7.Penglihatan Kabur
8.Pening Lalat
9.Tidak Sedarkan Diri

Tanda-tanda lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah:
1.Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.
2. Kerap terasa haus.
3. Muntah-muntah
4. Badan semakin kurus.
5.Koma
6.Sukar Bernafas
7.Sakit Perut

Penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak kadang-kala sembuh secara spontan untuk sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai tempoh berbulan madu "honeymoon period". Secara lazimnya, ia bertahan hanya untuk tempoh di antara enam bulan hingga beberapa tahun. Sekiranya anda atau anak anda berhadapan dengan keadaan ini, anda masih perlu menjaga pemakanan anda sebaik- baiknya kerana penyakit kencing manis boleh berulang. Secara lazimnya penyakit kencing manis tidak ada ubat dan pengidap kencing manis perlu menjaga pengambilan gula serta mengambil ubat sepanjang hayat. Hanya dalam kes pembedahan bagi  menggantikan atau menanam sel kelenjar pankreas maka badan kembali mampu untuk menghasilkan insulin secukupnya.

Mintakla dijauhkan dari penyakit ini.Amin

Isnin, 26 Oktober 2009

walimatulurus

Kepada semua kawan2 yang mengenali kami dipersilakan ke majlis perkahwinan kami seperti tertera di kad di bawah:

 
(click pada gambar)
terima kasih

Ahad, 18 Oktober 2009

18 oktober 2009


hari ini cukup bermakna buat aku dan ain. kerna ape ek? sbb arini hari ulangtahun yang ke 6 persahabatan kami. sedar tak sedar dh 6 thn bersama. sebenarnya kami satu sekolah tapi tak berapa kenal pun satu sama lain. bila di UiTM baru la nak menggatal kenal satu sama lain. UiTM mmg dihati kami.hehe

Isnin, 5 Oktober 2009

umah sewa


ini merupakan umah sewa aku yang pertama. aku sewa umah ni pun sebab aku tak lama lagi nak mendirikan umah tangga. umah ni sewa RM 350 ada 3 bilik. okla untuk berdua. tak sabar nak duduk dah. sikit2 aku dh letakkan barang dalam umah ni.
DEKO DEKO DEKO

umah - rumah = sama kot   hahah

Jumaat, 2 Oktober 2009

soto nasi wak radol


 
1 minit sebelum (soto nasi dengan teh 'O' laici)

ini adalah soto nasi yang kebelakangan ini menjadi kegilaan aku. boleh dikatakan tiap2 hari aku akan ke gerai wak radol mengorder makanan ini. abis je keje aku pegi menyabung nyawa di highway pasir gudang yang boleh dikatakan yang tersebuk di malaysia untuk ke gerai wak radol. semalam je aku miss soto ni tp aku gi gak kul 12 mlm tp dh abis. aku akan rs bersalah pada perut aku jika aku tak makan soto ni. untuk pengetahuan korang seme soto ni lah diantara yang terbaik penah aku mkn. sebelum ni aku xsuka pada soto nasi sbb aku lebih pada mee or meehon soto. so kwn2 mane yang lum try silakanlah. terima kasih Allahyarham Wak Radol. Al - Fatihah
 
 

1 minit kemudian (peh dh lesap)



Rabu, 30 September 2009

jalan-jalan cari makan johor bahru

sepanjang 2 tahun aku di johor bahru ni, aku banyak menjumpai makanan yang best2 dan banyak pilihan.berikut carta makanan pilihan aku di johor bahru yang telah menjadi idaman kalbu aku:

1. soto nasi      - kedai wak radol         - RM 3.50
2. ayam penyek         - banafe           - RM 7.00
3. ikan merah asam pedas     - kt car wash depan JPA         - RM 10 - RM 14
4. nasi goreng seafood masak pkai scrapper - stulang       - RM 6.00
5. ikan pari bakar    - gerai tepian tebrau     - RM 9 - RM 12
6. portugees chicken  - macau express jusco tebrau   - RM 11.90
7. nasi goreng assalamualaikum    - assalamualaikum      - harga berpatutan
8. asam pedam assalamualaikum    - assalamualaikum    - harga berpatutan
9. sup gearbox - tmn seri bahagia - RM 7.00

so kawan2, jom kite serbu tempat ini.cuba la sekali sekala.yum yum

Ahad, 27 September 2009

donut


arini aku teringin nak mkn donut. donut pilihanku adalah big apple kt tesco xtra plentong. aku beli 3 ketul je.okla tu melantak sorg2 je.jaga badan sebelum kawin. ni tunang akula punye pasal hasut aku mkn donut ni. walau apepun donut ni mmg best. lembut je bak kain sutera nenek aku..haha. sebelum aku belasah donut ni aku telah dengan sengaja mengesent pic donut ini kepada tunang aku supaya die terliur.haha jahat aku ni. untuk pengetahuan korang seme aku telah memakan donut ni dengan rakus nye sambil menulis entri ini.habis keyboard pc itm ni terkene sepihan donut yang melarikan diri takut dimakan oleh aku...hahah. tapi org kate donut jCO lagi best.aku xtry lagi. nnti mesti try. moh ke city square jb cari jCO. yum yum

Rabu, 16 September 2009

Selamat Hari Raya 09'



dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua staf unit pengurusan kolej johor, staf admin, pensyarah2 n student uitm johor bahru, kelab pengurusan asrama, semua bdk2 hotcat uitm, staf n student PLPP bangi, kawan2 smkj2 dan serta keluarga ku di kampung. dan tak lupa tunang tercinta Norain sabli...

p/s. pulanglah ke kampung dengan selamat.

lagu Pebret hari raya

Raya

Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya

Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya

Kalau banyak harta benda
Orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta
Itulah jalanraya
Hentian bas ibu kota
Itu di Puduraya
Di tengah bandaraya

Kalau banyak jalanraya
Dipanggil lebuhraya
Bunga lambang negara
Namanya bunga raya
Tukang menyelenggara
Mengawas harta-benda
Jabatan Kerja Raya

Gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balairaya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya

Selamat hari raya

Selamatlah beraya

persiapan raya

berikut adalah persiapan raya aku thn ini:

baju melayu : sepasang warna hijau
baju raya     : T-shirt sehelai
seluar raya   : xde
duit raya      : rm 2 seorg. p/s. aku kopak thn ni..
kasut raya   : xde
kuih raya    : xde..nenek aku belikan.haha

so, senang citer aku beraya ala kadar je.duit aku kopak untuk bln 12 ni.hahah

Isnin, 14 September 2009

PPP

PPP adalah pegawai pembangunan pelajar yang bertanggungjawab membantu pihak pengurusan kolej menguruskan segala urusan dan aktiviti kolej selepas waktu pejabat. sepanjang aku menjadi PPP banyak pengalaman yang aku dapat menggerakkan aktiviti student. kene plak aku ni org kolej so banyakla kerja kolej selepas waktu pejabat aku kene buat. sebagai contoh student pinjam kunci la, bilik terkuncila, bilik student blackout la, nak duk umah tamula, student sakit hantar ke klinikla, n mcm2la. tp itu semua cabaran bagi aku. aku banyak belajar dari semua itu.

pada 1 November 2009 ni aku akan meletak jawatan sebagai PPP untuk aku menumpukan tugas aku menjaga isteri pula setelah penat menjaga student. hehe. aku mintak bulan 10 ni tp atas arahan dr ahmad die mintak aku tangguh sampai bulan 11 ni. kepada semua rs selamat bertugas sebagai rs. bersediala pulak untuk menggalas tugas aku yang sebelum ni jarang rs lain buat. selamat maju jaya...

Selasa, 8 September 2009

student part 1

xtau la yek kenape seme student part 1 sekarg klu lalu tepi staf wt bodo je.xmcm student lain(senior dieorg) klu berdepan ngan staf mesti bagi salam ataupun tegurla ape2.aku xmau student jb ni jd sombong klu jumpe sape2..xtaula kenape jd cmni..dulu mase aku memberi taklimat kolej aku selalu tekankan bahawa tabiat memberi salam atau bertegur sape ni penting supaya adat berbudi bahase ni dapat dibentuk.untuk pengetahuan taklimat kolej adalah yang pertama di dalam jadual Minggu Mesra Siswa (MMS) so aku amik kesempatan ni cakap kt dieorg berilah salam kepada staf ataupun makcik cleaner supaya kami dan student akan lebih mesra diantara 1 sama lain dan staf pon aku galakkan tegur2la student.ape salahnye kan..kepada semua pelajar senior (part 3,4,5) en khai tabik hormat kt korg seme sbb ape yg sy ckp korg ikut dan amalkanlah amalan ini selalu untuk memantapkan lagi amalan berbudi bahasa kite untuk mase hadapan dan menjadi contoh kepada org lain...

BERBUDI BAHASA AMALAN KITA

Khamis, 27 Ogos 2009

sambung blaja


arini entah knpe aku tetibe je smgt nak smbung blaja..baru mohon.hehe tp kene amik e-pjj kt shah alam..lame siot..terpaksela klu x xtercapaila cite2 aku nak dapat keje gred 41 cm bagus.harap2 dapatla.umur aku 30 lum tentu abis lg.aku fobia nak blaja lagi ni.amik dip pun tercungap2.org dh abis master aku baru nak amik dgree.peduli ape aku.kawan2 supportla aku.waaaaa

pembelajaran berterusan....

Rabu, 26 Ogos 2009

destinasi hdupku





ktn (lepar hilir) >>>>> jgke(ulu jempol) >>>>> shah alam (UiTM) >>>>> bangi (PLPP) >>>>> jb (UiTM) >>>>>> ??

Selasa, 25 Ogos 2009

MU Premier League 09/10 fixtures

 
kpd seme fans MU..check this out..dont miss. jgn mare YunieMinami..heheh

kolej

 
katil ni bagus untuk kesesakan di kolej..leh la untuk pengambilan sem depan...hehehe

Sabtu, 22 Ogos 2009

abah

abah,
aku ingat lg mase aku kecik abah selalu pukul aku,
xtaula kenapa abah garang sgt ngan aku tp adik abah xpukul,
aku rskan abah terlalu sygkan adik dr aku,
tp aku ade ma yg selalu backup aku,
tp skrg abah dh xde.

abah,
aku ingat lg mase kite same2 baru pindah Felda Lepar Hilir,
kite same2 tebang lalang yang sgt tggi,
aku pernah hidup susah same abah,
tp sekrg abah dh xde.

abah,
aku tau abah ade banyak penyakit,
mgkin kah aku akan mewarisi sakit abah itu,
aku xdpt nak tlg abah mase abah sakit,
tp abah selalu tlg aku mase aku dpt masuk U,
tp sekarg abah dh xde.

abah,
aku ingat lg abah ade kate (Yo xkisahla dpt jwtn ape pun dlm kerajaan, janji Yo dh ade tapak),
lalu aku berkate pada abah (abah, eyo nak keje jwtn diploma)
lalu aku akur dgn kate abah,
aku terima jwtn setaraf SPM,
tp mmg benar kate abah tu,
sekrg aku dh dpt keje setaraf diploma,
tp sekarg abah dh xde.

abah,
sekarang aku dh pkai kereta,
dulu aku selalu naik kereta kancil abah,
tp abah xsempat nak naik kereta aku,
aku terkilan sgt abah xmerasa kejayaan aku,
aku angankan aku nak bg pinjam kete aku klu abah nak balik kampung,
tp sekrg abah dh xde.

abah,
thn ni cukup setahun abah telah meninggalkan aku,
aku rs baru je abah pegi,
aku ingat lagi aku menerima pggilan pd larut mlm mengatakan abah dh xde,
luluh hatiku bile mendengar citer itu,
tp aku xboleh melawan takdir,
aku naik moto je mase tu bah sbb aku xde kereta lg,
maafkan aku bah sbb aku sampai lambat dan xsempat nak tgk abah,
jb ke ktn amik mase lame bah,
aku tiba abah tgh ditalkinkan,
aku harap dpt jumpe dan cium abah dan xsempat nak mintak maaf,
tp sekrg abah dh xde.

abah,
ujung thn ni aku akan kahwin,
aku nak abah dtg tgk aku bersanding ngn bakal menantu abah,
aku nak abah duduk sebelah aku mase aku baca akad nikah,
bile aku nak hampir berkeluarga aku kehilgn abah,
aku nak abah gembire lihat aku berkahwin,
tp sekrg abah dh xde.

abah,
aku tulis ni sbb aku rindu sgt kt abah,
esok dh nak puase bah,
aku nak bebuke ngan abah,
tp skrg abah dh xde.

abah,
aku xsempat merase kasih syg abah sbb mase aku darjah 2 abah dh tgglkan aku,
aku duduk ngan nenek,
aku nak merase cm org lain duk sekeluarga,
sbb tu hati aku keras, aku dh biase duk sorg2 bah,
bile aku terpikirkan itu semua hanyalah mimpi,
sbb skrg abah dh xde.

abah,
aku harap engkau dpt bersemadi dgn aman di sane,
aku selalu doakan abah,
harap abah dpt tggu aku di sane,
abah tggu eyo ye.

Jumpe lagi abah...

Khamis, 20 Ogos 2009

Dip. Pengurusan Hotel UiTM Shah Alam




ini adalah gambar masa aku amik subjek kitchen part 3. aku sbnrnye malas gile masak-masak.nasib baik subjek sampai part 3 je.yang kelakor nye bile time test pastry aku curi karipap member aku ckit2.lecturer aku pandang semacam je bile tgk karipap aku lain2.hehehe.bab masak aku hanya pandai potong memotong je.tp mmg enjoyla subjek ni wlpun kene duk dlm kitchen selama 4 jam.mlm lak 2.walaucmne pun aku gembire dpt kawan sporting gler.selamat maju jaya kuucapkan kpd kawan2 aku mase amik kos ni..

blog under maintenance

smlm aku menukar template blog aku ni tp cm xcomplete je.aku sedang usahakan utk mencantikkan lg blog aku ni utk tatapan korg.InsyaAllah nnti completela blog ni.tgk jela ape yg ptt ye..hehe

Rabu, 19 Ogos 2009

ramadhan al-mubarak

selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak..mohon maaf salah dan silap..yang paling penting marilah kite berpuasa di bulan ramdhan ini.

Isnin, 17 Ogos 2009

sah jawatan

hari ni aku dapat surat LPG dari uitm shah alam yang mengatakan aku sudah sah jawatan. berita ni mmg mengembirakan kerana setiap penjawat awam tentunya nak disahkan jawatannya.aku bersyukur kerana Allah s.w.t telah mempermudahkan urusanku.aku harap kawan2 ku juga akan disahkan jawatan.ingatlah jika kita telah disahkan jawatan tugas kita akan bertambah berat.maksudku ialah jika seseorg itu telah disahkan jawatan kadang2 die selalu mengambil mudah dalam kerja tersebut.yela dh sah kononnye.sebelum comferm buat kerja bukan main laju,bodek sane bodek sini.diharap apabila kite telah sah jawatan kite haruslah menjadikannye pendorong untuk kite bekerja ngn lebih gigih lagi untuk ke arah yang lebih baik.

xsabar nak tunggu hujung tahun ni untuk disahkan ................................??????

darjah 2


skuj sekolah kita gedung ilmu teras negara ayuh kawan ganda usaha menuju ke era jaya.sekolah kebangsaan ulu jempol sekolah kebangsaan ulu jempol(jerit sepuas hati) adakah anda masih mengingati lagu sekolah rendah anda?....prove it

Khamis, 13 Ogos 2009

cahaya mata



anak sepupu aku raihana marissa najwa


seronok betul bile dgr kawan2 dapat baby.semoga semuanya 1 hari nnti jd anak yang beriman dan dapat jd pemimpin untuk negara 1 hari nnti.

bola sepak


bola sepak merupakan sukan yang aku paling minati.aku bersetuju kata2 seperti makan bola tido bola, sebiji bola boleh mengheret ribuan org berkumpul dan macm2 la.time2 world cup ramaila org duk di rumah or kedai mamak nak menonton.dulu aku kire herola jgk bola ni tp sekrg berat semakin bertambah so dengan ini aku ingin mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak.biarlah aku sekadar menonton or jd commntator.tp ape yang pasti aku ttp suke bola sepak.hidup MU.(ni gambar mase aku mewakili manchester united eh silap team bola sepak uitm johor)

kolej baru..


mencari kolej baru mmg memening kan.ada orang kata upk ni lembab la apela.padahal dieorang xtau yang kami (upk) dah banyak cari bangunan untuk dijadikan kolej kdiaman pelajar.dieorg kenela tau proses untuk mendapatkan bangunan tersebut bukannye mudah.

harap2 bangunan atas ni dapat dijadikan kolej baru. marilah kite berdoa.bkn untuk upk tp untuk uitm johor bahru.

milik siapakah gadis ini





milik siapakah gadis ini..lembut bagaikan..arrrrrghhh xingat lirik plak

aku dan PLPP

sebelum aku berada di uitm aku telah pun bertugas di pusat latihan perindustrian dan pemulihan bangi sebagai pembantu pegawai latihan...aku citela ckit ye..keje aku sebagai pegawai vokasional kepada insan kurang upaya.kire cikgula.sebenarnye post aku di kementerian belia dan sukan di institut kemahiran belia negara tetapi tah cmne aku dipinjamkan ke jkm.hebat sgt kot aku ni.hohoho. so aku ajarla dieorg yang bukan bidang aku iaitu it..heran kan.so disebabkan arahan, aku pun ajarla dengan kemahiran dan pengetahuan yang aku ada ckit2 berkenaan it..sedih tgk dieorg ni.aku dapat lebih elaun bile aku keje kt cni..iaitu elaun pahala..kene keje ngan ikhlas.aku selalu berpendapat bhawa aku dpt keje ngan itm ni sbb aku dh banyak tolong mereka.klu xsabar mmg xjd keje melayan kerenah mereka.terima kasih plpp kerana mengajar aku erti bekerja..kepada anak2 murid aku di plpp teruskan perjuanagn.

semangat baru

buat pertama kalinya blog aku dilancarkan tanpa sebarang perasmian.terima kasih kt en ai kene berjaya hasut aku..hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails