Selasa, 29 Mac 2011

Thalassemia

Tentu korang tertanya-tanya kenapa aku post tajuk ni. Di sini aku ceritalah ckit..Talesemia adalah penyakit umur sel darah merah yang lebih pendek dari orang biasa. Jangkahayat sel darah orang yang bebas talesemia ialah selama 120hari. Umur sel darah merah ini lebih pendek berbanding biasa adalah disebabkan kegagalan penghasilan hemoglobin (pembawa oksigen yang boleh didapati didalam sel darah merah). Penyakit talesemia boleh dicheck dengan tengok sel darah merah seseorang dibawah microskop. Sel darah mereka berlubang macam donat. Bagi orang normal, sel mereka tidak ada lubang.


Pengidap talesemia major, tidak ada treatment yang dapat membuang terus talesemia dari hidup mereka. Ini adalah penyakit keturunan dan akan turun lagi sampai bila-bila. Rawatan yang selalunya pesakit talesemia major boleh lakukan ialah dengan mendapat bekalan darah dari orang lain dan dimasukkan ke dalam badan mereka SETIAP EMPAT MINGGU.




Sebenarnya Allah telah menguji aku dengan berita yang cukup hebat dimana anak comel aku telah disahkan mengidap Talesimia..(Ya Allah ujian apakah ini)..luluh hatiku mendengarnya yang mana anak ku jika dilihat sihat terpaksa menghadapi semua ini sepanjang hidupnya..Sebenarnya jika dikaitkan dengan entri dibawah, entri ini lebih berat tanggungannya..Sepanjang hidupnya Arissa terpaksa membuat blood tranfusion untuk meneruskan hidupnya..Dulu aku tak amik kisah pun pasal penyakit ini. Malah iklan berulang kali menayang di TV bahawa setiap pasangan patut untuk membuat ujian saringan Talesimia..Dengan keberadaan aku yang jauh sekarang menambahkan lagi kegusaran aku terhadap anak ku ini..Aku selalu berkata bahawa semua ini palsu dan tipu semata-mata untuk menyedapkan hatiku ini..Aku cuba berpura-pura seperti seorang yang happy go lucky tapi pada dasarnya hanya Allah yang tahu perasaanku..Untuk sekian kalinya aku tidak dapat menahan kesedihanku apabila aku ingin meninggalkan anakku untuk kembali ke Johor Bahru. Sepanjang perjalanan aku ke Putrajaya Sentral aku meraung bagai nak gila. Tapi apakan daya takdir Tuhan aku terimanya dengan redha..Ape yang aku pikirkan sekarang adalah untuk berpindah ke Putrajaya bersama anak dan isteriku..Sebenarnya aku anggap dengan berita ini perjalanan kehidupan aku setelah berumah tangga baru saja bermula. Cha,,papa janji selagi papa bernyawa papa akan bantu cha. Klu nyawa boleh ditukarkan amiklah nyawa papa. Amiklah darah papa seberapa banyak cha nak..cha lah satu-satunya zuriat papa. Cha kene janji ngan papa, cha kene kuat cm mama. Sebelum papa kawin papa suka tgk anak org semuanya comel..Bila papa dapat icha Allah berikan lagi comel, tp apakan daya benda yang baik dan sempurna mesti ada pengorbanan. Papa tak pernah menyesal kerana mendapat cha sebaliknya papa bangga dengan Cha. Cha janji ngan papa mesti selalu senyum je sbb papa dh selalu ajar cha senyum dari kecik lagi..Ya Allah berilah aku pergi dahulu sebelum anakku kerana anakku patut mengkafankan aku dahulu tp bukan sebaliknya...

Isnin, 11 Oktober 2010

PESANAN UNTUK ANAKKU ARISSA HANANIA


Buat anakku Arissa ingatlah pesan papa ni.

1. Berimanlah kepada Allah s.w.t
2. Jangan tinggal solat
3. Jadilah anak yang soleh
4. Jadilah manusia yang berjaya di dunia dan akhirat
5. Sayangilah mama seadanya.
6. Jangan derhaka pada mama
7. Dengar kata - kata mama
8. Jagalah mama bila dia dah tua.
9. Selalu call mama
10. Jaga nama baik keluarga
11. Jangan bergaduh adik-beradik
12. Yakin pada diri sendiri

Semasa papa tulis entry ni Arissa baru 26 hari di dunia ini. Arissa akan menempuh pelbagai cabaran di dunia ini maka papa nak Arissa dengar kata-kata papa ni. Arissa tak tau betapa seksanya mama melahirkan Arissa yang mana papa ade disebelah mama. Baru papa sedar betapa seksanya ibu melahirkan anak sehingga papa menitiskan air mata. Tetapi air mata papa tu tak sama dengan pengorbanan mama hendak melahirkan Arissa. Malam - malam mama tak tidur untuk menyusukan Arissa. Sayangilah mama seperti Arissa menyayangi diri Arissa sendiri. Apa yang papa nak Arissa tau mama dan papa amat menyayangi Arissa.

Ahad, 3 Oktober 2010

1ST RAYA DI RUMAH MERTUA DI JENGKA 22



1st raya suami isteri.hehe

family ayong

family kak uda

family ku

big family

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails